Showing posts with label C I N T A hidupku. Show all posts
Showing posts with label C I N T A hidupku. Show all posts

Sep 15, 2011

a day with my love

salam semua and good day ;D
aritu wa kuar ngan trah woot !!!
hahahah tapi sayangnya terlupa nak tangkap gambar sekali..
wat a sad moment, but insyaAllah memori ni akan terpahat dalm hati..
cewah...haha kan tirah kan... love you lah <3
thankz bawak gi jalan jalan sempena bday kita dua..heee
nie kat penang i bought dis!


cute tak?? ahaha yang atas tu tempat letak lappy and kat bawah tu frame gambar and huruf huruf comel yang membentuk nama gua..wakakaka NAJWA !!..
soooo pasni dah tak tahu dapat jumpa ke dak kawan kawan wawa...
gudluck guys..belajaq rajen rajen ya..jangan lupa wa atas kapal nanti..
from wawa with ove ;D

Sep 13, 2011

sekian lama

asssalamualaikum semua and good morning..
aha around more den one week wa tak bukak blog..
sory demn busy beraya sakan and benda benda yang nak kena settle kan..
so nak luang la sikit masa after asyik busy je..ahah almaklumlah BB tak dak app BLOGGER
so tak leh nak actve macam kat FB and TWITTER
so i want to talk about my EID.*rasa macam ketinggalan ja. haha
hee alhamdulillah raya kali nie sangat menyeronokkan walaupun Eve raya tak rasa macam nak raya..
hahaha don't know why..wa asyik asking my mum and dad either raya selasa or rabu...
dis year macam biasa wa raya kat kampung sungai petani.
sebelah ibu. walaupun tak semua balek tapi meriah nya sangat la terbaek
sebab ramai cousin cousin ku sudah bekerjaya *plus my sister
so duit raya dapat lebih la!.haha
syoknya raya..
huihui..
my sister n cousin..ada nmpk mcm wa x? haha 

yay duit raya dari kakak

dengan bro with our new bb.haha*menunjuk!

with ibu!

with ayah..!


dengan cousin perempuan..

my luvly cousin.dah belajar jauh da ;(

haha mau pelempang jgk cousin wa sorg nie..hehehe
ini lah serba sikit raya pertama wawa ;D

Aug 12, 2011

sayasuka

the best thing happened in my life when my whole family at home :D

Aug 11, 2011

12#

i learn to live half alive
i have grown too strong
i can't take one more step
all that's waiting is regret

i do love my life.semua orang tak sempurna. setiap manusia ada cara hidup masing masing.but different person different way they solve their hurt broken or other probs.kadang kadang aku tertanya sendiri macam mana orang laen lalui hidup depa.teringin jugak aku tahu.

Your life will get better. maybe not today, or tomorrow, or even next week. but it will get better, eventually


Some people make your life better by walking into it, while other people will make your life better by simply walking out of it.


The past should be the past. It can destroy the future. Live life for what tomorrow has to offer, not for what yesterday has taken away.

this is one of my step to be more motivated and strong enough to face my problems.aku tak mampu untuk luah sesuatu yang aku hadapi melalui penceritaan.sometimes yah it works.but sometimes, naah i don't how to say it.so with quote i express my feeling to others.maybe kadang kadang rasa tak puas,tapi at least ayat ayat tu make sense dengan situasi aku.

so i do love quotes and i do love my life :D

Aug 9, 2011

My last memory with you ;( no more after this.


thankz for everything yang kau pernah buat pada aku
ini kali terakhir aku memikirkan kau
esok hari baru untuk aku
selamat tinggal awak
hug and kisses ;(

Aug 3, 2011

Segmen taulan : Jom ingat pesan ibu dan ayah


salam semua..
alamak kakak wa nie tag wawa lak.. haha
pasal pesan ibu dan ayah... so join jugak la segmen dari syafiq
hehe 

nie yang wat terfikir balek..ape ah pesan ibu ngan ayah..
yang first .sejak nie banyak dari ibu.. sebab duduk rumah je dengan ibu..

ibu cakap : makan puas puas. nak makan apa lagi nanti habaq.

haha pasepa ibu pesan camtu..aha memandangkan tak lama lagi wa akan belayar untuk memenuhi seatime practical untuk 12 bulan..so mesti la faham... wawa nie suka makan makanan yang mak masak..
laen dari yang laen and plus mak ajar wawa masak la sejak balek nie..mak tahu je feveret wa..
hehehe so dah kat umah nie semua yang dok mengidam dah dapat rasa...
puas sangat hati nie...

yang second : dari ibu and ayah la.. its about my future...

mak ngan ayah cakap : ikut adik la nak sambung belajaq kat mana.tak nak la apa yang ibu ngan ayah pilih adik tak minat..

haha yang act diituju kat kakak la... my parents orang pendidikan cikgu dan pensyarah..
so as well depa nak one of their son or daughter ikut jejak diaorg,,but so far tak de lagi lah..
kakak penah dicuba tapi depan depan dia reject time temu duga sebab dia memang minat architecture..
ibu ngan ayah tak dapat nak wat apa.time wa pulak, rezeki takda sebab tak dapat terus gi interview..
so bila nak pilih mana satu universiti nak masuk, mak dengan ayah tak nak masuk campur..pening jugak la nak wat pilihan sensiri..akhirnya wa pilih tempat yang sedia ada wa belajar sekarang :D

hehhehe itu lah antara pesanan yang lekat kat kepala sekarang nie..
so wawa nak tag putera 

Jul 22, 2011

Day 24 – A photo of something that means a lot to you.

remind me that there are friends still love and take care of me.
to my batch mates yang celebrate my 19th birthday
thankz a lot for the surprised small party.aha
with cake,sweets at corridor (I <3 U) 
the present from alifah.and card birthday yang sangat comei from alifah too.
heheeh hargai sangat.
and i got my birthday card from my family too :D
sayang semua   

Jun 27, 2011

i don't love you like i love you yesterday 



tq dear for doing like this to me :)
you play with a wrong gurl :D

Jun 24, 2011

ditinggalkan buat kali terakhir . tiada lagi selepas nie

Jun 21, 2011

selamat ulang tahun najwa ! :)

asaalamualaikum. yay wa da masuk 19 tahun da semalam.
dah besar ;( kejap nya. tinggal 1 tahun ja nak masuk puluhan.
tapi perangai macam budak budak ja lagi. ahaha
hidup mau happy ja. tapi apa pun tahun nie akan sentiasa dalam ingatan :D
walaupun tak dapat sambut dengan family, tapi kawan kawan kat campus nie especially ladies yang susah payah nak buat suprise kat wa.bersyukur sangat <3
thankz a lot guys. i love you all and i hope we can celebrate it together in our third year. hope semua report balek. amin :) insyaAllah
terima kasih jugak kat family wa yang post kad birthday. i miss you all and thankz for everything mum, dad yang telah besarkan wa selama 19 tahun.
banyak kerenahnya wa nie yang banyak ibu ngan ayah bersabar.
mendoakan yang terbaek untuk anak mereka.insyaAllah adik akan buktikan adik boleh berjaya dalam urusan dunia akhirat.
insyaAllah ayah, adik cuba untuk tak tinggal solat :D
mak, adik belajar bersungguh sungguh k ! <3 you all a lot.
thankz jugak kat kawan kawan yang wish tak kesah la kat wall facebook atau message atau wish bersemuka terutama kawan kawan kat alam yang tak putus putus wish dan nak belanja., heheeh
sayang semua !!!!!

100 noti just about bday :D

kek bday sponsered by my friends.tq guys :)

yay dah sweet 19 

with my small geng

my birthday card.crdt to alifah. comei

bak kata alifah, gigi besi bersama kek

orang kuat dalam hidup wa kat sini :D

with bday cake n sweets outside my house

tq my friends :D

i realize that just left around 2 weeks more before finish my 2nd sem and be ready for onboard training. pray for me :) alhamdulillah

Jun 19, 2011

Happy father's day AYAH!

assalamualaikum semua.
and gud morning ! ari nie da 19 jun !!!! aaaaaaaaaaa hahaaha esok hari saya.
tapi kita cita hari nie dulu. selamat hari bapa to my ayah OTHMAN BIN HUSSAIN
i looooooovvvvveeee you sooooooooo much!
so ari nie kita cita pasal ayah.
hehehehe miss my dad a lot!
mula mula bukak fb tadi, tengok kakak wa naqiah dah post blog untuk ayah.
so wa pun nak jugak post pasal ayah wa.
sebab kisah wawa dengan kakak sangat berbeza.
kami dua ada personaliti yang sangat laen.boleh bukak sini cintatulip

ayah wawa ayah yang paling cool yang penah wa ada dan jumpa.
ayah wa xpenah merungut walau apa pun anak anak dia buat.
ayah tak penah marah wa selama 18 tahun 11 bulan 29 hari wa hidup atas muka bumi.
sekali ja, time tu wa umur 5 tahun kalo tak salah.
wa kacau ayah wa keja sebab nak suruh ayah buat susu.
sekali tu ja. lepas tu ayah tak penah marah wa.
adik dengan dikyah (kakak) kecik kecik perangai tak sama.adik lebih kurang macam abang
adik jarang minta ayah beli barang.kalo adik mintak, ayah tak nak belikan, adik dok sengap sengap
tapi adik tarek muka.bukan sebab marah tapi jelous dikyah selalu dapat mainan dia nak.
sampai satu stor mainan dia saja.
tapi adik cuma ada satu teddy bear ja. sebab adik tahu, ayah tahu yang adik tak akan maen mainan tu
adik lebih suka maen outdoor dengan kawan kawan.
adik tak suka maen barbie doll. adik suka maen basikal, terjun longkang, mancing blakang umah.
keluar maktab cari mercun.lawan lumba basikal , jatuh pastu kaki berdarah
ayah tak pernah marah adik wat keja keja tu. tapi mak ya. haha
adik kamcing ngan ayah sebab adik tak kamcing ngan mak.
mak wa garang. wa takot
so dalam adik beradik wa yang manja ngan ayah.
time sekolah rendah dulu, adik ingat gi kalo adik nak p trip skolah, adik akan mintak kat ayah.
adik tak akan mintak kat ibu. ayah la orang pertama adik cari.
sebab ayah akan gerenti bagi ikut ,ayah tahu adik suka berjalan.adik selalu wat syarat, adik akan bayar sendiri, tapi ayah kena topup sikit.
hehehe yela time tu baru darjah lagi. mana ada duit banyak
macam kakak wa cakap, walaupun ayah ada banyak duit, ayah tak pernah ajar anak ayah untuk hidup dengan duit. ayah ajar kami hidup susah.tak membazir dengan duit yang ada.

adik minta maaf sebab adik tak dapat masuk mrsm atau sbp,sebab result uprs oke oke ja.
tapi adik dapat masuk skolah premier.skolah top kat kedah.
dalam pelajaran, ayah lebih mengharapkan aku.
aku kat sekolah tak pernah wat masalah plus aku aktif kat sekolah.
so ayah senang biar adik wat keja adik sendiri.
time sekolah menengah, adik tak duduk dengan ayah dengan ibu.
ayah bekal rm10 untuk ke sekolah saja. adik memang bersyukur gila sebab ramai kawan kawan adik dapat duit cukup cukup makan.
dari duit tu adik banyak menyimpan.
walaupun 3 tahun adik dok kat umah tok, umah sendiri dok sorang sorang,
ayah ngan ibu jarang datang melawat adik
adik tahu ayah bagi kepercayaan kat adik.
ayah biar adik hidup macam tu, tapi adik tak pernah terlintas untuk memperguna peluang tu.
adik minta maaf result form 4 adik teruk.adik tak masuk kelas 3 bulan pertama sebab aktif dengan macam macam aktiviti yang memerlukan adik tak masuk kelas
tapi ayah tak pernah marah. ayah banyak habeskan duit untuk adik siapkan projek pandu puteri raja.
ayah tak pernah merungut.
sepanjang form 4 tu, adik selalu dapat num 29/33 dalam kelas.
teruk sangat.ayah tak pernah marah.ayah lagi support ada la.
ayah habeskan duit tuisyen adik untuk intensif semata mata nak pastikan adik dapat cover balek subjek yang tertinggal.
adik cuba buktikan adik boleh score untuk SPM walaupun sepanjang adik menduduki SPM, ayah ngan ibu ada di MEKAH.

sekarang adik dah nak masuk 19. adik minta maaf ayah sebab adik tak ikut kehendak ayah suruh masuk maktab
jadi cikgu.memang anak anak ayah dari abang, dikyah dengan adik tak minat nak jadi cikgu.
adik pilih bidang laut nie salah satu tak nak bebankan ayah untuk keluar duit lebih.
adik dah mula minat dan suka.plus adik memang suka laut.
walaupun kadang kadang adik mintak duit sebab duit tak cukup
adik tahu kalo adik minta duit kat ayah, ayah akn bagi hehe
adik asyik balek umah.sedangkan adik dok melaka. duit memang habes dekat tiket bus saja
tapi adik balek nak jumpa family kita. ayah tak pernah.
sebab adik rindu. lepas nie adik naek kapal adik dah tak boleh jumpa dah :(
tapi adik cuba buktikan kat ayah adik boleh buat keja nie.ayah jangan risau k!
thanks for everything yang ayah penah bagi dan berjasa kat adik
adik akan cuba sedaya upaya untuk balas jasa ayah yang tak belah bahaginya
I <3 you AYAH!! adik bersyukur dapat ayah.

HAPPY FATHER'S DAY



AYAH SAYA

Jun 14, 2011

my weekend :)

weekend minggu lepas, wa balek rumah sekali lagi :D
walaupun bukanlah cuti yang diberi, tetapi cuti yang diminta
because cuti besday Agong, wa balek tapi family tak ada di rumah.
semuanya pergi berjalan.
walaupun abang wa ada, tapi sehari dia menjadi pengapit rakannya.
tinggal la wa kesorangan.
so wa wat keputusan untuk balek sekali lagi sebab wa rindu kat family
setelah mereka berjalan jauh meninggalkan wa di Malaysia
ingat nak wat surprise kat family, tapi abang gtahu kat mak.
plus hari yang wa nak balek tu, tiket bus fully booked.
owh sangat sedih, tapi wa ada rezeki sebab still ada satu bus yang ada tempat kosong
saat tu la paling bahagia boleh wa cakap sebab setelah penat wa mengejar masa dan perjalanan dari melaka
and first time wa try naek ktm dari seremban ke tbs :D
thankz to ong , bhavi and de geng
you all should see semua orang dekat station tengok wa dengan pelik sekali sebab im de only girl and de only malay with them.
haha but dun worry, they're good guy :)
so sepanjang hari sabtu tu, dipenuhi dengan aktiviti.
bangun dari tido, jumpa mak ayah kakak adik and abang.
miss them soooooo much !
so kakak bagi hadiah.
its a iPhone. haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
makaseh syster. i <3 you soo mucchh.
and my mum bagi rantai. so beautiful! i wear it now :D
den afternoon parents ajak pi makan kenduri
so i followed them.
setelah berapa lama wa tak makan nasi minyak, last last pi sampai 3 kenduri.
aha kenyang sungguh, berbaloi balek (dapat makan makanan luar dari galley pun da gembira haha)
tapi for last kenduri tu, agak tersentuh hati. kenduri kawan mak atau cikgu wa atau ibu kepada kawan kakak.
senang cita, one of my mother's best friends sebelum mak pindah sekolah dan pencen
dya baru lepas sembuh dari satu penyakit, dan dy sgt kurus. sangat.
saat mak wa jumpa kat depan rumah kenduri, what can i say, my mum menitiskan air mata
as well wawa, but i hold it, cuz wa tak suka tunjuk sedih depan orang. kena always support them.
so i just smile and hug them.
hmmm im so emo that time, tapi smile is the best medicine ever :)
so kenduri tu, wa dapat jumpa semua cikgu time primary dulu. sangat seronok cuz i miss them a lot especially my aunty or kawan baek mak atau cikgu wawa. wa rapat dengan dia. hehe
so next wa pi penang dengan abang and adik pi tgk Kong Fu Panda 2.
wheee... semua cita kat wayang dah dapat tengok, tenang sikit hati nak balek campus.
waakaka
malam tu, wa celebrate birthday yang akan datang tak lama lagi dengan family.
AKHIRNYA, goal wawa bulan nie tercapai.
hehehehe im sooooooooooooooooooooooooooooo hapy.

thankz ibu
thankz ayah
thankz abang
thankz kakak
thankz adil
i love you all sooooooooooooooooooooooooooooooooooo infinity !!!
my best and last overnight that i ever had !!!

:D

May 8, 2011

ibu

ibu adalah panggilan family untuk mak aku
tapi hanya aku seorang di dalam keluarga aku memanggil beliau mak
abang , kakak , adik , ayah dan juga cousin cousin aku memanggilnya ibu
tidak kepada aku
ibu selalu kata mana ada mak kat sini
ibu ja ada
walau seteruk mana aku dimarah , ditegur
hanya itu saja panggilan aku kepadanya
walaupun tidak lama lagi umurku akan memasukan 19
aku sendiri tidak tahu bagaimana panggilan 'MAK' itu terlekat dihati dan lidah aku
walaupun sampai sekarang beliau masih membahasakan dirinya IBU bukan MAK

aku tahu aku da banyak buat salah pada mak
aku sering meninggikan suara aku terhadap mu
aku jarang mengikut kata mu
aku selalu menarik muka terhadap mu
kadang kadang bukan niat ku untuk membuat begitu
tetapi ego menguasai diri dan minda aku
aku takut untuk mengalah kerana ego itu
kadang kadang aku menangis atas tindakan aku tanpa diketahui oleh mu
adik minta maaf sangat
adik minta maaf mak
najwa minta maaf tok
adik bukan sengaja untuk menyakiti hati anda berdua
tetapi aku malu untuk mengalah
aku anak yang ego
maafkan aku :'(

adik sayang mak dan tok sangat sangat !

selamat hari ibu , mak !

May 4, 2011

Sayang Bukan Rahsia

copy from facebook afizul alif muhd



Ini kisah benar. Kisah diriku 8 tahun lepas. Kali pertama aku jatuh hati pada seorang gadis. Dia tidaklah secantik model. Tak setinggi mana & chubby sikit. Orangnya boleh tahan comel. Senyumnya manis, punya lesung pipit di pipi kirinya. Perwatakan lembut & manja. Dengan suaranya saja aku boleh tergoda. Pada org lain, dia hampir perfect. Matanya redup tapi wajahnya selalu kurang bermaya. Bila berjumpa dia nampak lesu saja. Pandai orangnya, kewangan stabil.. Full package lah kiranya.

Aku? Aku menarik orangnya, begitu kata gadis-gadis. Tapi kawan-kawan melabel aku sebagai lalaki biasa tapi body boleh tahan. Aku punya ketinggian yang cukup, dada yang bidang (gadis-gadis suka, boleh buat bantal kalau nangis). Kewangan? Tu tak tentu. Kadang-kadang ada kadang-kadang entah la... Otak? Boleh tahan la, cuma aku malas sikit. So aku belajar slow2 (faham-faham la..extend 3 sem!)

Ok, gadis tu aku kenal melalui internet. Dunia tak sebesar mana, dah lama berchatting, baru aku tahu dia satu kolej dengan aku. Seronok lah aku, boleh aku intai dia selalu. Mula lah aku korek2 rahsia pasal gadis tu. Haihh, lagi2 lepas tu aku dapat tahu, gadis tu memang dah faymes kat kelas aku. Ramai member2 aku kenal dia. Room mate aku? Pernah kena gossip ngan gadis tu. Sebab? Gadis tu baik sangat. Apa2 hal dia ringan je nak tolong orang. Sebab dia tolong room mate aku, kena gossip la. Tapi tu sebelum dia kenal aku. Aku pulak tak tentu pasal dengki. Room mate aku tu aku buat jadi musuh. Padahal aku belum ada apa2 dengan gadis tu. Saja nak dengki... Ngehngehngeh....

Aku sebenanrnya dah mula suka kat gadis tu. Tapi tak nak kantoi. Kenapa? aku pun tak faham ngan diri sendiri masa tu. So, aku pun makin hari makin rapat ngan gadis tu. Gadis tu? Alah, dia anggap aku member biasa je. Geram betul! Pastu aku pun menjalankan strategi mengayat tapi tak nak kantoi. Macam mana? Hahaha.... Rahsia. Lama-lama gadis tu pun dah macam respond je. Aku apa lagi, suka la! Tapi banyak masalah sikit, ramai betul orang nak masuk line. Sakit hati betul aku. Tapi sebab daya tarikan aku (perasan lagi), gadis tu tak terpikat lah ngan orang lain. Hebat betul aku!

Birthday aku, gadis tu tiba-tiba je ajak keluar. Tapi dia ajak room mate aku sekali, dengan member aku lagi sorang. Menyampah betul, aku nak keluar 2 org je.Tapi kami keluar 4 org. Gadis tu punya baik, belanja kami semua makan. Siap belikan aku kek. Wah terharu lah! Aku tak tahu nak balas macam mana, aku just cakap thank you. Tak lama lepas tu, member aku ajak gadis tu tengok wayang. EH?? Sedap2 je nak potong line aku? Aku dengan tak malu cakap aku nak join. Lah, aku ingat diorang keluar 2 org je. Rupanya satu geng. 7 8 orang, aku ingat lagi. Masa tu gadis tu belanja lagi. Semua yang ada. Wah banyak betul duit dia. Dalam kepala, aku dah terbayang-bayang seronok kalau keluar dengan dia, dia bayar semua! Duit aku bole buat pegi futsal, beli rokok, modify motosikal. Yahoo!

Tak lama lepas tu, aku baru dapat tahu, dia belanja masa birthday tu sebagai member je (dia memang selalu belanja kalau member birthday). HAHA aku perasan lagi. Apa pasal la gadis tu baik sangat? Entah la. Aku tak mengaku kalah. Terus tackle dan tackle. Lama jugak baru tersangkut. Rupanya dia ada sejarah lama, patut lah susah betul nak dapat. Dia pernah kena tinggal dengan ex-boyfriend. Bukan sekali dua. Empat kali. Kesian gak. Tapi apa boleh buat..

Aku mula berazam nak ikhlas lah ngn gadis tu. Tak nak mainkan perasaan dia. Tapi aku pantang satu benda. Aku tak nak ada girlfriend. Nanti terkongkong. Tapi dalam masa yang sama aku tak nak gadis tu rapat dengan jantan lain. Nanti mula lah aku naik angin. Lama jugak gadis tu bertahan dengan aku. Tapi aku masih macam dulu, tak nak kantoi. Tak nak member2 aku tahu hal kitorg. Hal-hal kewangan aku dah mula bertolak ansur, ada waktunya aku yang bayar. Ada waktunya dia yang bayar. Tapi selalu dia yang bayar (aku selalu pokai). Dekat FRIENDSTER, aku tak nak letak in relationship. Aku letak single. Kenapa? Tak nak kantoi. Lagipun aku tak pernah ajak dia jadi girlfriend aku. Tapi aku control dia dah lebih dari girlfriend. Tak boleh keluar dengan jantan lain, tak boleh tolong jantan lain, tak boleh itu, tak boleh ini. Kesian gadis tu, ikut je cakap aku. Dia memang respect kat aku. Aku? Ada masa sempat lagi chat ngan awek lain. Dia tak tahu, tak apa lah. Jahat betul aku ni.

Lama kami berkawan. Kawan je tapi control lebih. Jealous tak payah cakap. Masing2 kuat jealous. Problem cuma aku yang tak ajak dia jadi girlfriend aku. Tak kan dia nak ajak aku jadi boyfriend dia kan? Lama2 kantoi jugak dengan member2 rapat masing2. Tapi aku mcm biasa, no comment. Dia? Bila org tanya, dia cakap dia tak ada boyfriend. Aku bukan main sakit hati lagi. Dah tahu ramai peminat nak cakap macam tu pulak. Tapi fikir2 balik mmg betul. Aku bukan boyfriend dia. Aku sebenarnya tahu, dia nak aku yang cakap dulu. Tapi aku buat tak tahu je. Wah aku ni, dulu masa tak dapat bukan main lagi aku mengayat, sekarang dah dapat tak nak ada hubungan pulak. Tapi nak control. Pelik betul aku ni. Kadang2 kesian tengok dia. Dia mcmserba salah kalau nak cakap apa2. Ye lah, aku bukan boyfriend dia, bukan tunang, bukan suami. Kawan je.

Kami berkawan dari alam kolej sampai lah masing2 dah bekerja. Dia dapat jawatan bukan main tinggi lagi. Dia kan rajin & baik, semua org suka. Aku, biasa je. Gaji pun boleh la kalau nak buat makan. Masa dah kerja lagi banyak dia yang keluar duit, tapi dia memang tak merungut. Cuma kadang2 bila dia tak mampu, dia diam je. Tak ada gedik2 ajak aku keluar. Lagi satu, sepanjang kenal dia, tak pernah minta aku belikan apa2. Cukup sekadar aku berbual2 dengan dia dlm phone sebelum dia tidur. Gadis itu, baik sungguh. Member2 aku ramai yang kedana, awek mintak yang bukan2. Aku, senang je.

Birthday dia? Aku wish je. Lepas tu aku call dia 2 3 jam. Tak ajak pegi mana2. Tak bagi apa2. Kesian dia. Aku tak lah kedekut sangat. Cuma aku ni kayu sikit. Tak reti lah nak bagi apa2. Gadis tu, tak merungut langsung. Beruntung aku masa tu.

Usia dia menjejak 27 tahun. Dia masih melekat dengan aku, bukan sebagai girlfriend, bukan sebagai tunang. Masih lagi kawan je. Dia ada cakap pasal nak kahwin. Tapi dia tak cakap pun nak kahwin dengan aku. Aku buat tak tahu je lah. Kewangan tak stabil. Lagipun aku nak enjoy dulu. Tak faham2 aku ni, perempuan kalau dah 27 tu dah lambat la kalau tak kahwin,  tak tunang. Kesian dia. Mak dia dah bising2 kat dia suruh kahwin. Tapi balik2 dia terpaksa cakap kat mak dia, tak ada calon lagi. Aku pulak masih dengan perangai lama. Family aku tak tahu pasal dia. Family dia tahu tapi ye lah, kalau aku tak gerak takkan diorg yang nak gerak.

Last2 gadis tu tanya jugak dekat aku. Lepas 6 tahun berkawan.

"Awak, awak dah lama kawan dengan saya. Awak nak buat saya jadi apa nanti? Awak nak kahwin ngan saya ke?"

Aku tahu dia malu nak tanya macam tu. Tapi aku saja buat dia tak keruan.

"Eh, mana ada saya cakap nak kahwin dengan awak kan?"

Aku hanya bergurau tapi aku tak faham hati perempuan. Dia menangis depan aku time tu jugak. Aku buat tak tahu. Siap gelak lagi bergurau2. Pastu pujuk jugak tapi pujuk biasa je lah. Tak sentuh langsung hal-hal kahwin tu. Lepas peristiwa tu. 4 bulan kami tak berjumpa. Aku sibuk dengan kerja, tak tanya pulak bila lagi nak jumpa. Call pun  ada sekali dua je rasanya. Tiba-tiba bila aku buka e-mail, dapat e-mail dari dia.

"Awak, family saya asyik tanya saya tentang kahwin. Saya dah tak tahu nak cakap apa. Kalau awak sayangkan saya, sekurang-kurangnya kita bertunang dulu. Saya faham kewangan awak tak stabil. Saya boleh keluarkan belanja. Dengan duit simpanan saya sendiri. Saya segan nak tanya awak. Saya takut awak jawab macam hari tu. Tapi kalau awak tak sudi, saya boleh berundur. Ibu saya dah banyak kali cakap, kalau saya tak ada calon, dia dah ada calon untuk saya. Ada yang masuk meminang. Dalam masa sebulan lagi ibu saya akan bagi jawapan. saya harap awak faham. Saya mengaku saya sangat sayangkan awak."

Aku tak ada perasaan masa tu. Aku ingatkan dia saja nak buat cerita, buat point supaya aku gerak. Lepas tu aku tengok tarikh e-mail tu, 3 bulan lepas. Bila aku check balik, ada e-mail yang masuk folder spam. Dari gadis tu.

"Awak, saya tunggu jawapan awak. Saya cuba call awak banyak kali. Tak dapat. Ibu dah buat keputusan. Saya dah tak boleh undur lagi. Minggu depan saya akan kahwin. Saya minta maaf. Kalau sudi datang lah ke majlis saya."

E-mail tu tarikhnya sebulan lebih selepas e-mail yang sebelumnya. Baru aku ingat sebelum tu ada lebih 20 missed call dari dia. Tapi aku tak call balik sebab aku sambung tidur. Bila bangun aku dah tak ingat nak call. Kalau diikutkan, dia memang sepatutnya dah berkahwin. Aku beranikan diri cuba call dia. Dijawab oleh seorang lelaki.

"Salam. Nak cakap dengan isteri saya?"

"Salam. Isteri?"

"Ye, isteri saya terlupa phone dia dlm kereta saya tadi sebelum ke pejabat"

Aku terdiam. Gadis tu dah kahwin. Aku?

"Hello?"

"Maaflah ye, boleh saya tahu encik ni siapa? Nanti saya inform dekat isteri saya encik ada call. Rasanya nombor encik tak saved kat dalam phone isteri saya ni"

Aku rasa kelam masa tu. Mesti gadis tu cukup sabar menanti aku selama ni. Sekarang nombor aku pun dia dah tak simpan lagi.

"Tak apalah, kirim salam pada isteri encik. Katakan kawan lama menelefon bertanya khabar. Selamat pengantin baru"

Hari tu aku menangis semahunya. Gadis 'full package' yang manis, anggun dan sangat baik dah hilang dari aku. Sedih aku bila ingat balik, dia tak pernah berkira, tak kedekut, selalu tolong aku, bagi sokongan kat aku. Aku memang tak boleh nak salahkan gadis tu. Dia memang dah lama tunggu aku. Aku tak ada apa2 ikatan dengan dia. Aku memang tak boleh salahkan dia kalau dia tinggalkan aku. Tapi bertahun-tahun aku simpan harapan. Cuma sikap aku yang buat aku jadi macam ni. Sekarang aku kena mula cerita baru. Cerita yang sepatutnya dah nak sampai happy ending terkubur macam tu je.

Pesanan untuk orang di luar sana: Kalau kita suka/sayangkan sesorg, jangan segan ucapkan sayang. Jangan biar lepas. Nanti menyesal tak sudah. Lagi2 lelaki, kita memang tak suka dikongkong. Tapi selalu ingat perempuan tak suka dibiarkan sahaja. Walaupun diorg tak ckp, perempuan ni sebenarnya lebih suka bila ada org yang control dia. Mungkin rasa dilindungi. Rasa ada yang ambil berat. Ikatlah dengan satu ikatan, kekasih, tunang, isteri. Jangan pernah malu untuk beritahu dunia, gadis tu milik kita. Kalau benar gadis tu ikhlas, dia pasti gembira bila kita dengan bangga katakan dia milik kita.

May 3, 2011

aku akui kita tak boleh nak lawan sesuatu yang di luar kawalan.
cinta adalah sesuatu yang memberi pelbagai erti
yang mustahil untuk ditafsir dengan begitu tepat
aku pernah berjanji dengan diri untuk tidak bercinta
dan aku bukanlah seorang yang mudah jatuh cinta
selama ini aku ingat aku boleh lawan sifat semula jadi itu
tapi aku kalah juga buat kali ini
aku tak mudah untuk mencintai
aku tak mudah mengaku ku cinta
dan aku tak mudah mengatakan aku jatuh cinta
tapi perasaan itu sangat menyakitkan
aku boleh tipu dengan fizikal dan luaran
tapi aku tak boleh tipu diri aku sendiri dan mental aku
sangat menyakitkan
aku cuba jugak untuk lawan perasaan tu
tapi aku tetap jatuh
Allah tunjuk bahawa sebagai manusia kita tidak boleh melawan lumrah kehidupan
ia membuat diriku lemah

awak saya minta maaf
saya tak minta semua nie
tapi ia datang sendiri
its disturb my mind
its disturb my heart
its very hard for me
i hope you can understand this because i know its happend to you before.