Aug 26, 2011

alamak..hati aku buat dosa.

tadi keluaq dengan abang. memang betul pon apa dok rasa. sungai petani agak sesak tadi.
iye lah semua pakat keluaq shopping bebarang raya un.. sampai bazar pon dah tak ramai orang tak sempat pi kot.aha so keluaq tadi untuk antar dodol kat cik ida ( cousin ayah ), tok wawa da jadi pengedar besar dodol da sekarang.haha *bangga jap * ;)
alang alang dah kat sp, nak cari la kasut raya.huu sedih tahun nie satu ja baju raya.mak cakap 'adik bukan nak pakai pon pasni'. so redha ja lah satu tu..syukur2 still ada baju raya kan.. comfem2 tak da parking, abang just tinggalkan wa sorang kat shopping complex. astaga.. ramainya orang dalam tu. pelbagai macam ragam nya.

nak di ceritanya. time tengah tunggu orang kedai gi cari kasut wa, ada la couple ni ditemani skali kawan perempuan sorang tengah tengok kasut.. muda lagi rasanya still budak sekolah..yang membuat oden terkilan, pakwe nya berantai emas.dan loketnya berbentuk love.macam emas selalu bagi budak budak pakai tu.. huuu tu ke namanya Islam..kalo letak dalam baju, i don't care la, nie letak luaq.awat nak tayang sangat la rantai tu.aku nie takdak pon nak tayang tayang rantai aku.hadoiya -.-
hati wa da kutuk kutuk dah.buat dosa kering ja.

malu doh aku tengok. tengok gaya oden da tahu mai mana..huuu sedih nya tengok budak budak sekarang..bukan nak cakap dulu wa ni baek. penah jugak lalui zaman zaman remaja dan bercinta. tapi entah la... speechless lah tengok remaja sekarang..

sekadar renungan di akhir bulan yang mulia nie :'(

No comments: