Jul 12, 2011

lepak wat kali terakhir ;'(

setahun berlalu.. menguatkan ikatan persahabatan kita.
walaupun banyak dugaan yang datang, ikatan persahabatan itu menguatkan kita
susah senang kita harungi
susah senang yang tidak dilalui di luar sana
cukup lah susah senang itu kita saja yang lalui
itu lah kenangan kita bersama
aku doakan kita sama sama berjuang selepas ini
untuk kekal bersama tahun ketiga nanti
jagalah nama kita, jagalah batch kita
ku doakan kita semua berjuang bersama

sebelum meninggalkan ALAM, Masjid Tanah, Melaka last monday
wawa dengan shikin,alifah dan alia kuar untuk spend time bersama before masing masing sibuk dengan persiapan untuk practical
kami lepak kat Tanjung Biru atau dikenali Blue Lagoon.
pantai dia sangat cantik.air dia jernih gila. tapi time tu, air surut biasa
so tak dapat tengok air jenih betul betul bila surut besar. tapi tak rugi sangat
sangat menyeronokkan sebab banyak dugaan yang terpaksa kami berempat lalui.
first, terpaksa tunggu bas sepatutnya dah sampai awal
lepas turun kat perhentian bas kuala linggi, hujan lebat. terpaksa tunggu hujan renyai.
dah rintik, kami berjalan agak jauh dan singgah kedai makan untuk breakfast.
elok dah habes makan, hujan turun balek.terpaksa la tunggu.pastu sambung berjalan sampai satu bus stop.
punya dok tunggu, takdak bas pun lalu. alia ngan shikin tahan satu van nie untuk tumpang.
alifah risau gila sebab takot tu orang jahat.hahah punya la shikin ngan alia buat cita dengan driver tu
orang van tu hantar sampai btui btui depan pantai. ahaha 50 sen ja kami bak kuar duit.
pastu mandi sakan.siap ada orang belanja banana boat sekali.hahaha
so memang betul betul seronok la percutian kita nie kan alifah (click la blig dia)

tengah tunggu bus depan ALAM :D

yay dah naek bus.50 sen sorg.

tu la van yg kami nek.xdikenali sapa pemandunya.bantai ja naek.haha

dah sampai dah Blue Lagoon!yuhoo

excited nak mandi :)

jom mandi!!!

dgn alifah lepak lepak tgk laut

menanti air surut.tp tak surut pown

lunch nasi pattaya !sedap

yuhoo keseronokkan bersama :)

da nak balek.dengan alia :p

berakhir lah tahun pertama kita besama. semoga kita kuat menharungi tahun kedua nanti.
jumpa lagi tahun ketiga :D

2 comments:

safurara said...

wahhhh beshnya bercuti =)

najwa said...

sangat best.lepas nie kami semua xdapat jmpa 1 tahun. memang spend btul2