Jun 19, 2011

Happy father's day AYAH!

assalamualaikum semua.
and gud morning ! ari nie da 19 jun !!!! aaaaaaaaaaa hahaaha esok hari saya.
tapi kita cita hari nie dulu. selamat hari bapa to my ayah OTHMAN BIN HUSSAIN
i looooooovvvvveeee you sooooooooo much!
so ari nie kita cita pasal ayah.
hehehehe miss my dad a lot!
mula mula bukak fb tadi, tengok kakak wa naqiah dah post blog untuk ayah.
so wa pun nak jugak post pasal ayah wa.
sebab kisah wawa dengan kakak sangat berbeza.
kami dua ada personaliti yang sangat laen.boleh bukak sini cintatulip

ayah wawa ayah yang paling cool yang penah wa ada dan jumpa.
ayah wa xpenah merungut walau apa pun anak anak dia buat.
ayah tak penah marah wa selama 18 tahun 11 bulan 29 hari wa hidup atas muka bumi.
sekali ja, time tu wa umur 5 tahun kalo tak salah.
wa kacau ayah wa keja sebab nak suruh ayah buat susu.
sekali tu ja. lepas tu ayah tak penah marah wa.
adik dengan dikyah (kakak) kecik kecik perangai tak sama.adik lebih kurang macam abang
adik jarang minta ayah beli barang.kalo adik mintak, ayah tak nak belikan, adik dok sengap sengap
tapi adik tarek muka.bukan sebab marah tapi jelous dikyah selalu dapat mainan dia nak.
sampai satu stor mainan dia saja.
tapi adik cuma ada satu teddy bear ja. sebab adik tahu, ayah tahu yang adik tak akan maen mainan tu
adik lebih suka maen outdoor dengan kawan kawan.
adik tak suka maen barbie doll. adik suka maen basikal, terjun longkang, mancing blakang umah.
keluar maktab cari mercun.lawan lumba basikal , jatuh pastu kaki berdarah
ayah tak pernah marah adik wat keja keja tu. tapi mak ya. haha
adik kamcing ngan ayah sebab adik tak kamcing ngan mak.
mak wa garang. wa takot
so dalam adik beradik wa yang manja ngan ayah.
time sekolah rendah dulu, adik ingat gi kalo adik nak p trip skolah, adik akan mintak kat ayah.
adik tak akan mintak kat ibu. ayah la orang pertama adik cari.
sebab ayah akan gerenti bagi ikut ,ayah tahu adik suka berjalan.adik selalu wat syarat, adik akan bayar sendiri, tapi ayah kena topup sikit.
hehehe yela time tu baru darjah lagi. mana ada duit banyak
macam kakak wa cakap, walaupun ayah ada banyak duit, ayah tak pernah ajar anak ayah untuk hidup dengan duit. ayah ajar kami hidup susah.tak membazir dengan duit yang ada.

adik minta maaf sebab adik tak dapat masuk mrsm atau sbp,sebab result uprs oke oke ja.
tapi adik dapat masuk skolah premier.skolah top kat kedah.
dalam pelajaran, ayah lebih mengharapkan aku.
aku kat sekolah tak pernah wat masalah plus aku aktif kat sekolah.
so ayah senang biar adik wat keja adik sendiri.
time sekolah menengah, adik tak duduk dengan ayah dengan ibu.
ayah bekal rm10 untuk ke sekolah saja. adik memang bersyukur gila sebab ramai kawan kawan adik dapat duit cukup cukup makan.
dari duit tu adik banyak menyimpan.
walaupun 3 tahun adik dok kat umah tok, umah sendiri dok sorang sorang,
ayah ngan ibu jarang datang melawat adik
adik tahu ayah bagi kepercayaan kat adik.
ayah biar adik hidup macam tu, tapi adik tak pernah terlintas untuk memperguna peluang tu.
adik minta maaf result form 4 adik teruk.adik tak masuk kelas 3 bulan pertama sebab aktif dengan macam macam aktiviti yang memerlukan adik tak masuk kelas
tapi ayah tak pernah marah. ayah banyak habeskan duit untuk adik siapkan projek pandu puteri raja.
ayah tak pernah merungut.
sepanjang form 4 tu, adik selalu dapat num 29/33 dalam kelas.
teruk sangat.ayah tak pernah marah.ayah lagi support ada la.
ayah habeskan duit tuisyen adik untuk intensif semata mata nak pastikan adik dapat cover balek subjek yang tertinggal.
adik cuba buktikan adik boleh score untuk SPM walaupun sepanjang adik menduduki SPM, ayah ngan ibu ada di MEKAH.

sekarang adik dah nak masuk 19. adik minta maaf ayah sebab adik tak ikut kehendak ayah suruh masuk maktab
jadi cikgu.memang anak anak ayah dari abang, dikyah dengan adik tak minat nak jadi cikgu.
adik pilih bidang laut nie salah satu tak nak bebankan ayah untuk keluar duit lebih.
adik dah mula minat dan suka.plus adik memang suka laut.
walaupun kadang kadang adik mintak duit sebab duit tak cukup
adik tahu kalo adik minta duit kat ayah, ayah akn bagi hehe
adik asyik balek umah.sedangkan adik dok melaka. duit memang habes dekat tiket bus saja
tapi adik balek nak jumpa family kita. ayah tak pernah.
sebab adik rindu. lepas nie adik naek kapal adik dah tak boleh jumpa dah :(
tapi adik cuba buktikan kat ayah adik boleh buat keja nie.ayah jangan risau k!
thanks for everything yang ayah penah bagi dan berjasa kat adik
adik akan cuba sedaya upaya untuk balas jasa ayah yang tak belah bahaginya
I <3 you AYAH!! adik bersyukur dapat ayah.

HAPPY FATHER'S DAY



AYAH SAYA

4 comments:

naqiah said...

:'(

Siti Safiyyah said...

itulah ayah kan.. tak penah merungut.. teringat kat abah ss.. T_T

Miss Ongy (Wanie) said...

ni lagi satu, terbaik!!! hehe lawak btoi njwa n dikyah..

juicy X said...

OH MAU NANGES! AYAH WA MMG TERBAIK OKE,SIYES!